Sunday, November 23, 2014

Disebalik Tabir Kisah Balik Langkawi

Pasal balik Langkawi ni, sebenarnya kitorang tak plan pun nak balik. Walaupun Mama saya dah tanya banyak kali tapi rasa macam berat hati nak balik. Bukannya tak nak balik. Memang teringin nak tengok Tokwan kali terakhir sebab dah tau Tokwan tenat. Cumanya bila mengenangkan nak travel jauh dengan Ihsan ni. Ku pendamkan je hasrat tu.

Nak dijadikan cerita, pagi Jumaat tu Mama saya tanya lagi. Pung pang pung pang kitorang pun terus book tiket MAS online. Suami pun terus cancel segala appointments. Saya pun packing kain baju macam lipas kudung. Tak sempat lah nak kemas rumah. Buat apa-apa yang patut je. Pukul 3.00pm taxi datang rumah terus bawa pergi KLIA.

Last Ihsan naik flight masa umur 1 tahun 10 bulan masa balik for good ke Malaysia daripada Jepun. Flight 7 hours tu rasa sungguh lama dan memenatkan! Ihsan masa umur tu sangat lah restless dan tak boleh duduk diam. Bila sampai Malaysia kitorang sakit seluruh badan dan flat 2 hari! Sejak tu memang elak naik flight sebab rasa lebih selesa naik kereta.

Tapi untuk kali ni tak dapat elak. Ajal maut bukan boleh tunggu-tunggu. It's now or never. Jadi kami redah je sebab flight pun 1 jam je. Saya dah social story sikit-sikit kat dia daripada rumah so that he knows what's going to happen and what to expect. Jadi takde lah dia terkejut dan dia lebih tenang.

Honestly we are surprised sebab Ihsan did quite well. Saya dah bawa siap-siap bekalan toys untuk bagi dia entertained. Toys tu tak lah laku sangat pun sebab Ihsan lebih berminat nak explore the environment. Bila dah makin besar ni Ihsan dah kurang restless. Banyak arahan dia dah faham. Tapi sangat kena hati- hati sebab dia suka tiba-tiba je pecut lari. Jadi semua pancaindera kena alert untuk ambil tindakan kalau dia buat apa-apa.

Masa dalam balai pelepasan Ihsan dengan sengaja pergi rempuh Atok mat saleh yang tengah baca magazine. Terkejut Atok tu! LOL! Masa dalam flight dia duduk atas husband throughout the flight. Nasib baik dia takde banyak sensory issues. So he was OK. Perangai tak sabar, nak menjerit nak marah tu biasa lah.

Bab ni je kena hati-hati handle with care ibarat menarik rambut daripada tepung gittew. Sebab tak nak trigger lagi kemarahan dia. Kalau tantrum lagi susah. Terpaksa main kejar-kejar dengan Ihsan tu biasa lah. Wajib punya. Alhamdulillah selamat sampai Langkawi pukul 7.15pm.

Banyak hikmah juga terpaksa balik kampung ni. It was not bad at all actually. Dapat tau Ihsan boleh coorperate untuk short distance flight. Ada juga rezeki Aisyah nak jejak Langkawi dan tengok great grandfather dia for the first and last time. Rezeki Aisyah dapat naik flight for the first time. Dan ada rezeki kami berkumpul anak-beranak tengok Tokwan kali terakhir.

Owhhh tak lupa juga... dapat create more Autism Awareness. Lebih ramai saudara mara yang tau Ihsan Autism. Saya pun baru tau rupanya ada cousins yang kerja as cikgu pendidikan khas. Itu lah dia... cousins sendiri pun ramai tak kenal. Kalau berselisih pun agaknya memang tak tau pun bersaudara. Fakta kelakar yang menyedihkan LOL!

Walaupun balik kampung tapi kitorang stay di motel hujung kampung sebab rumah Tokwan penuh ramai orang tua-tua. Keadaan rumah panas dan ramai orang tak selesa untuk Ihsan. Lagipun Ihsan bising. Takut mengganggu Tokwan dan orang lain di rumah tu nak baca doa dan Yasin. Untuk keselesaan dan ketenangan semua pihak samada Ihsan sendiri, mak pak Ihsan dan saudara mara lain kena lah buat macam ni.

Being an Autism parents bukannya anti sosial. Tapi tak boleh ikut cara orang biasa. Bila ada majlis sebegini kena salah sorang saja pergi. Sorang lagi jaga anak-anak. Diri sendiri perlu banyak korbankan kehendak sendiri dan kepentingan orang lain demi anak. Dan orang lain pun perlu terima dan faham tanpa perlu banyak soal atau mempertikaikan.

Honestly saya tak kisah apa orang cakap. Walaupun orang tak faham kadang-kadang tu. Tapi saya buat keputusan apa yang terbaik untuk semua pihak.


Saturday, November 22, 2014

Al-Fatihah Untuk Arwah Tokwan

Lebih kurang pukul 1240pm tadi Tokwan saya Haji Hasan Bin Saad baru je meninggal dunia. Arwah Tokwan kalau tak salah umur hampir 90 tahun. Tokwan meninggal sebab sakit tua. Dah lama juga Tokwan sakit. Kesihatan dia merosot daripada hari ke hari. Tapi Alhamdulillah hari ni dia dah tak payah tanggung sakit lagi.

Pagi tadi sempat singgah rumah Tokwan sebab nak ambil adik-adik. Saya jenguk Tokwan. Berdiri kejap di sisi dia. Semalam pun sama. Hari sebelum tu macam tu juga. Saya tak dapat nak duduk dekat-dekat bacakan Yasin. Sekadar baca doa dan zikir dalam hati saja. Cuma suami yang bacakan Yasin bergilir-gilir dengan family member yang lain.

Actually kami semua memang dah stand by. Sebab dah tau Tokwan nak pergi cuma tunggu masa je. Tadi masa dapat call kitorang dah keluar daripada rumah. Saja pusing-pusing bawa Ihsan dan Aisyah. Masa tu di Oriental Village tetiba Ayah called Fairuz bagitau Tokwan dah takde. Kitorang terus pergi lunch before bertolak balik.

Suami je pergi ke rumah Tokwan dengan adik-adik. Jalan kaki ke rumah Tokwan. Saya dengan anak-anak stay dekat motel. Kereta pun tinggal sini. Ikut hati nak juga pergi rumah Tokwan. Tapi keadaan orang ramai bersesak-sesak, panas, kena duduk setempat diam-diam adalah sesuatu yang sukar for an Autism kid like Ihsan untuk tolerate. Lebih baik stay sini untuk ketenangan semua pihak.

Arwah Tokwan dulu orang yang banyak beribadat sepanjang hidupnya. Dia dulu cikgu. Walaupun dah pencen rajin mengajar ilmu agama di rumah. Tokwan yang saya kenal memang lemah-lembut dan orang yang sangat berbahasa. Mungkin sebab rajin tuntut ilmu dan rajin membaca. Semoga Allah cucuri roh arwah Tokwan dan tempatkan dikalangan orang beriman. Saya doakan urusan pengebumian sekarang ni berjalan dengan lancar.

Teringat kenangan daripada masa kecil di kampung ni. Banyak sangat memori. Macam tu lah kan kitaran hidup. Kita sendiri pun lama-lama akan tua.
Al-Fatihah untuk arwah Tokwan...


Monday, November 17, 2014

Just Because We Are Different Doesn't Mean We Are Less Fortunate

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah diberi lagi peluang untuk bernafas dan menikmati hidup. Hari ni Isnin, sekolah belum cuti lagi. Tapi bagi Mama Ihsan dan Aisyah sama je Isnin ke Sabtu ke Ahad ke. Kecuali Rabu dan Khamis je ada kelainan sikit. Sebab Ihsan homeschool tapi Rabu Khamis pergi special skool. Jadi masa banyak spend di rumah. Cuma feeling permulaan minggu tu tetap ada rasa lain sikit. Mungkin sebab suasana weekday tu sendiri memang berbeza. Sebab pagi-pagi orang dah siap-siap nak pergi kerja. Ada bunyi kereta. Bunyi budak-budak nak pergi sekolah.

Lebih kurang seminggu je lagi sebelum mula cuti sekolah akhir tahun. Budak-budak tadika sekarang tengah sibuk graduation day. Dekat facebook ramai yang share report card, markah kertas exam, sijil, anugerah, gambar pegang skroll dan pakai jubah. Tumpang bangga dengan pencapaian anak-anak masing-masing. Semoga terus jadi anak soleh solehah yang berjaya dunia akhirat. Dan juga membesar jadi masyarakat yang prihatin penuh kasih-sayang. Tahniah! :)

Ihsan tak merasa pengalaman ni. Tipu lah kalau kata tak rasa apa-apa. Memang terdetik rasa sedih dan terkilan sebab anak sendiri tak ada pengalaman sama macam kawan-kawan sebaya. Bukan Ihsan tak boleh. As a mom kita tahu keupayaan anak kita walaupun dia special sebab kita tengok perkembangan dia daripada hari ke hari. Bila tengok-tengok gambar tu ada juga terfikir eh ini Ihsan pun boleh buat. Memang dia ada cabaran tertentu. Tapi sebab faktor keadaan dan situasi, dia tak diberikan peluang dan tak dapat peluang tu.

Rupanya bukan saya je yang rasa macam ni. Ramai parents lain pun sama. Perkara macam ni tak pernah terfikir dalam kepala saya apatah lagi nak terfikir apa rasanya. Tapi sebab anak saya special jadi ini memang pengalaman dan perasaan yang baru. Sebelum ni pun ada banyak pengalaman yang saya dah rasa dan saya yakin akan datang pun ada banyak lagi pengalaman extraordinary yang akan saya hadapi. Pengalaman yang tak semua orang dapat rasa. Tapi ramai juga anak-anak special yang bertuah sebab diberikan peluang. Alhamdulillah.

Walaupun Ihsan pernah masuk kindy since umur 2 tahun setengah sampailah umur 4 tahun setengah tapi dia tak pernah attend graduation day. Saya sendiri decide tak nak attend sebab saya daripada awal dah sedar keadaan tak begitu mengharapkan dan mengalu-alukan Ihsan join the occasion. Buat apa saya pergi dan bawa anak saya just for the sake of doing it because other kids are also doing it. Tapi hakikatnya anak saya tak enjoy dan I have to bear the guilt for making him feel different. Sebaliknya... saya memang akan attend kalau situasi tu sendiri memang mengalu-alukan keadaan Ihsan. Get it?

Honestly saya tak terlalu fikir tentang ni pun. I look at this from the positive side. I already expected this. Not that I'm attracting this to happen but as special parents we are aware and acknowledge all possible circumstances from best to worst. I try to appreciate more on what we get instead of what we don't. Just because we could't get or do things like many people do but that doesn't mean we are less fortunate. Instead, I'm sure many people don't get to experience interesting and extraordinary things that we get too. 

Sekadar berkongsi pengalaman yang tak semua ibubapa dapat rasa. Saya selalu ingatkan diri untuk bersangka baik. InsyaAllah Allah sentiasa hanya memberi yang terbaik. Alhamdulillah! :)


Wednesday, November 12, 2014

4 Beradik Kanak-Kanak Perempuan Ditinggalkan Dengan RM70 Di Tepi Jalan

Haa dah macam tajuk berita je kan. But firstly nak comment SAMPAI HATI!

Alkisahnya saya sekarang tengah nak mengemaskini (ceh skema kau!) akaun Facebook. Nak unfollow page-page ntah hape hape especially page media sensasi dan surat khabar. Tinggal 1 2 page je follow dah lah. Sebabnya tak tahan tengok kadang-kadang pagi-pagi masuk FB dah termelekat baca satu-satu kisah yummy lagi delicious, Tak boleh berenti! Sudahnya masaku berlalu begitu saja. Itu takpe lah lagi. Yang tak tahan tu kalau ada yang sedih-sedih tu la teringat-ingat.

Actually dulu memang saya tak follow pun. Masa first time klik like page media sensasi tu perghhh cuak macam nak ambik SPM. Macam jenayah besar pun ye jugak. Semua ni start masa kisah MH370 dulu tu. Punya lah tempting kisah tu kan sampai tak nak terlepas satu pun news. Punya lah puzzled gittew kan. Tapi tu lah... sekarang ni dah jadi addicted plak dok baca macam-macam kisah. Video lah gambar kelakar lah. Sampaikan group kucing pun ai follow. Apa kes? Kata tak cukup masa sangat! :P

Ok kembali ke pangkal jalan. Sebenarnya nak cerita pasal kisah 4 beradik perempuan yang ditinggalkan tepi jalan dengan RM70 tu. Tetiba melintas kat newsfeed tu tadi ada orang share gambar wassap muka anak-anak kesedihan. And yang bongsu tu menangis mata bengkak wuwuwu! Speechless lah dan sungguh menjadi tanda tanya kenapa dan mengapa dan bagaimana. Elok-elok jaga lepas tu tetiba buat macam ni kenapa kenapa kenapa? Sungguh tergeliat otakku nak fikir.

Yang bongsu tu 2 tahun kot. Kecik lagi. Sampai hati dibiarkan dengan kakak-kakak berjalan. Kakak-kakak pun bebudak lagi. Nasib baik lah orang baik-baik yang jumpa. Dan buat lagi tak faham... semuanya comel-comel elok-elok belaka. Pakai baju kiut-kiut siap dengan cekaknya masing-masing. Kenapa tetiba keadaan berubah? Tapi rasanya mesti ada yang tak kena. Sekurang-kurangnya penjaga asal yang selama ni membesarkan mesti ada rasa kasih rasa sayang. Mesti ada something happened kan?...

Semoga dipermudahkan perjalanan hidup anak-anak ni. Dipertemukan dengan orang yang mengasihi diorang tanpa berbelah bagi. Harapnya kesudahannya diorang tak lah berakhir di JKM. It's not a good place walaupun mungkin itu yang terbaik kalau dah takde jalan lain. Dan diorang membesar dengan baik tanpa terkesan dengan mimpi ngeri yang dah jadi. InsyaAllah.

Pelik kan dunia ni. Orang takde anak nak anak. Yang dah ada anak nak tambah lagi. Yang dah beranak-anak ada anak special pulak. Tolong lah bersyukur ada anak-anak sempurna cukup akal dan sifat jaga lah baik-baik. Apa-apa pun masalah jangan korbankan anak! Agaknya sebab tu lah tak ditakdirkan orang-orang macam ni yang dapat anak istimewa kalau tak taktau lah apa nasib.

Wallahualam. Allah yang mengetahui. Perkara terjadi atas qada' dan qadarNya juga.


Tuesday, November 11, 2014

New Chapter: The Little Secret Of A Ninja Mama

Assalamualaikum :)

Ok apa nak mula tulis dulu ni? Selalu banyak sangat idea tapi sejak jadi Mama kepada seorang anak soleh dan seorang anak solehah, priority saya dah beralih arah. Saya baru sedar rupanya tahun ni baru 2 entries je published. Sungguh kasihan. Walaupun ada je benda rasa nak cerita tapi bak kata orang some things better left to be untold gittew. Nama pun The Little Secret kan. Kita share sikit-sikit je dah lah ;)




Alhamdulillah kali ni saya azam nak kembali aktif berblogging. Sayang sangat sebenarnya blog ni. Macam-macam kisah suka-duka. Kelat, masam, manis, masin, pedas semua ada lah. Blog ni juga jadi penyimpan perjalanan hidup saya sejak 2006. Lebih kurang lah kan. Daripada baru kahwin, dok di Jepun, zaman berdua, lepas tu zaman 2 setengah, pastu jadi 2 balik, lepas tu 3 dan sekarang 4. 

Anak-anak pun makin besar. Garis kedut kat muka pun makin bertambah dan tak ketinggalan juga pertambahan saiz badan ke sisi. Sadis -__-" Tapi saya bersyukur Allah kurniakan kesihatan yang baik dan masih dikelilingi orang-orang tersayang. Walaupun hidup ni tak selalu cerah tapi tujuan hidup di dunia tu sendiri adalah sebagai ujian untuk kita berusaha mencapai redha Allah.

Ok macam kelakar plak baca cara diri-sendiri menulis. Kalau browse balik entry lama-lama kehkehkeh dengan lovey-dovey nya dengan ntah hape hape nya!!! Unsangkarable (konon)! Well... usia dah meningkat, insyaAllah dah makin matang. Hidup itu sungguh mematangkan. Ceh cakap je lah dah tua sebenornya kannn? hihi :P Tapi takpe lah... apa yang penting saya ni makin baik daripada saya yang dulu lah harapnya.

Sebenarnya saya niat nak keep writing perkembangan anak-anak. Bukan apa... untuk kenangan saya sendiri. Dalam masa sama nak share kalau-kalau ada yang boleh bagi manfaat kepada orang lain. Selain tu saya rasa writing is good way for me to unwind myself. Walaupun tak semua benda boleh share dalam blog ni. Tapi takpe lah saya nak jadikan blog ni medium untuk memotivasikan diri sendiri. Share yang happy-happy je dalam ni, insyaAllah.

Template pun dah tukar baru. Dah upgrade jadi Ninja Mama dah sekarang hihi :D Saja je tetiba dapat idea masa nak ubah-ubah template tu. Lagipun macam best je sebab nak ambik semangat Ninja tu. Selalu supermom je kan. Kita ubah lah sikit. Template pun tak mau fancy-fancy sangat. Mungkin selera orang yang makin matang ni sukakan yang simple dan minimal je. Saya plan nak upgrade ke domain nanti insyaAllah kalau boleh secepat mungkin bila tiba masa yang sesuai :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...